Friday, August 16, 2013

Toyota Vios Baru 2013 Kini Sudah Boleh ditempah


Sebenarnya Vios Baru telah boleh ditempah pada bulan lepas, tapi tunggu pengumuman rasmi daripada CEO UMW mengenai perkara ini dahulu. 

Jika adan berminat untuk menempah toyota vios baru ini boleh emel kepada saya azadadvisor@gmai.com.


Vios baru mula terima tempahan

Kuala Lumpur: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) yang akan melancarkan model terbaru Toyota Vios tidak lama lagi, kini mula membuka tempahan kepada orang ramai dengan harga bermula dari RM73,200 hingga RM93,200 seunit.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, model paling laris keluaran Toyota itu bukan saja menawarkan spesifikasi dan ciri-ciri yang dipertingkat malah ditawarkan pada harga mampu milik.

“Ia memenuhi jangkaan pengguna yang mahukan kenderaan dengan teknologi automotif terkini dan lebih istimewa, tiada sebarang peningkatan harga dikenakan untuk varian 1.5J manakala pelbagai tambahan spesifikasi hanya membabitkan kenaikan harga minimum untuk varian 1.5 TRD Sportivo, 1.5G and 1.5E,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Toyota Vios adalah model yang sudah mencatatkan jualan lebih suku juta unit sejak dilancarkan di pasaran sejak diperkenalkan pada 2003. Model itu turut muncul sebagai kereta paling laris jualan bagi segmen kereta penumpang bukan nasional di negara ini.

Antara ciri menarik pada model itu termasuk penggunaan butang pemula “Smart Entry & Push Start Button” untuk varian yang lebih tinggi dengan rekaan dalaman berkualiti, ruangan kaki lebih luas dan kapasiti bonet lebih besar.

Sistem stereng dan suspensi model itu turut dipertingkatkan untuk memberikan lebih keselesaan manakala reka bentuk luarannya mampu memberi penjimatan daripada segi penggunaan bahan api.

1 comments:

  1. Toyota Vios Baru 2013 Kini Sudah Boleh Ditempah - New Toyota Vios Review >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Toyota Vios Baru 2013 Kini Sudah Boleh Ditempah - New Toyota Vios Review >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Toyota Vios Baru 2013 Kini Sudah Boleh Ditempah - New Toyota Vios Review >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete